Saturday, May 1, 2010

Kesan Cuaca

Malaysia mengalami musim panas dan musim hujan.Biasanya cuaca panas yang berpanjangan boleh menyebabkan kemarau.Semasa kemarau,ada tempat-tempat seperti sungai,telaga,kolam dan lombong menjadi kering-kontang.Kita susah hendak mendapatkan air untuk minum,mandi dan mencuci pakaian.
Kebanyakan tanaman,rumput-rumpai dan daun-daun pokok juga menjadi kering.Ada kawasan yang kering menjadi merekah dan berdebu.Debu-debu ini pula akan berterbangan apabila ditiup angin.Udara yang berdebu boleh mengganggu kesihatan dan mendatangkan penyakit kepada kita apabila kita menyedutnya.Di samping itu,kebakaran juga senang berlaku.Ladang-ladang dan pokok-pokok mudah terbakar.Kadang-kadang rumah-rumah juga boleh terbakar dan menyebabkan orang kehilangan harta benda.
Musim hujan juga boleh memberi kesan kepada kehidupan kita sehari-hari.Apabila hujan turun,kawasan tanah dan tempat-tempat lain menjadi lembap dan licin.Kalau berlaku hujan ributyang berterusan,pokok-pokok mungkin tumbang dan mungkin runtuh.
Apabila hujan turun kita susah hendak ke mana-mana.Orang ramai susah hendak pergi ke tempat kerja.Penoreh-penoreh getah tidak dapat menoreh getah pada masa itu.Kanak-kanak pula sukar hendak ke sekolah.Jika kita berjalan kaki,kita perlu menggunakan payung atau memakai baju hujan supaya kita tidak basah.Biasanya pada musim hujan pakaian yang basah susah hendak kering.Kain-kain yang dibasuh tidak dapat dijemur.
Banjir boleh berlaku jika hujan turun dengan tidak berhenti-henti.Harta benda,tanaman dan binatang ternakan musnah.Mereka yang mengalami banjir,terpaksa dipindahkan ke tempat lain yang lebih selamat.Mereka juga terpaksa diberi bantuan makanan,ubat-ubatan dan keperluan-keperluan lain.
Apabila air surut,tempat-tempat menjadi kotor dan berlumpur.Pada masa ini penyakit juga mudah merebak.Berbagai-bagai usaha dijalankan untuk mengatasi masalah itu.

Wednesday, April 7, 2010

Cara-cara mengukuhkan perpaduan kaum

Mengukuhkan perpaduan kaum memang sangat penting dalam sesebuah negara supaya rakyatnya dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Di sekolah,pelajar digalakkan untuk belajar bersama-sama dan saling membantu dalam pelajaran.Dengan ini juga,dapat mempelajari budaya dan kepercayaan kaum yang berlainan secara mendalam.
Di kampung atau bandar digalakkan untuk menggalakkan gotong-royong di kawasan-kawasan tersebut.Melalui ini,rakyat dapat mengeratkan hubungan dan juga saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Rakyat-rakyat juga boleh saling ziarah-menziarahi untuk mengukuhkan perpaduan kaum.Hal ini demikian kerana ia dapat mengeratkan hubungan dalam pelbagai kaum dan juga memahami adat-adat atau budaya kaum-kaum yang lain.
Rakyat diserukan agar saling hormat-mrnghormati dan bantu-membantu dalam kaum yang berlainan supaya dapat mengukuhkan perpaduan kaum dan rakyatnya juga dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai.